50 mangsa dakwa tertipu, bil Telco cecah setengah juta
Iklan
MOHAMAD YUSRIZAL
ALOR SETAR - Persatuan Pengguna Kedah (Cake) menerima aduan lebih 50 mangsa tertipu dengan peniaga syarikat telekomunikasi (Telco) sehingga mengakibatkan tunggakan bil mereka secara keseluruhan mencecah RM547,436.34.
Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, mangsa yang berumur 20an sehingga 30an itu dinasihatkan untuk membuat laporan kepada polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi proses siasatan pihak berkuasa.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mereka yang tinggal sekitar Alor Setar, Kubang Pasu dan Yan itu mendakwa peniaga Telco telah menyalahgunakan cap jari untuk mendaftarkan talian lebih daripada satu talian.
"Didapati talian tersebut juga bersama peranti seperti telefon bimbit dan jam pintar. Pengguna tidak tahu menahu mengenai pendaftaran ini sehinggalah mereka mendapat surat daripada peguam Telco menyatakan mereka mempunyai tunggakan bil yang mencecah ribuan ringgit.
Iklan
"Ada mangsa yang mempunyai tunggakan bil sehingga RM20,000 dan mangsa berasa teraniaya. Mangsa telah pergi ke kedai tersebut dan jurujual itu menyatakan bahawa surat itu adalah scam. Tetapi apabila mangsa membuat pemeriksaan, mereka betul-betul telah disenaraihitamkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamad Yusrizal berkata, disebabkan jumlah bil yang mencecah setengah juta ringgit tersebut menyebabkan mangsa tertekan sehingga tampil membuat aduan kepada Cake.
Iklan
"Mangsa menjelaskan mereka telah mendaftarkan talian mereka di sebuah kedai peniaga Telco di pusat membeli belah di Alor Setar. Ada mangsa yang telah lama menggunakan talian tersebut dan pergi ke kedai berkenaan untuk menaik taraf talian mereka dan ada yang mengambil peranti seperti telefon bimbit selepas mengemaskini akaun talian mereka," katanya.
Jelasnya, Cake akan terus mendesak pihak-pihak berwajib agar perkara ini diselesaikan segera supaya tidak menganiaya pengguna.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam