PDRM antara diperintah fail penyataan pembelaan

Iklan

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiga pihak lagi diperintah untuk memfailkan penyataan pembelaan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini berhubung kes saman oleh seorang guru tadika, M Indira Gandhi.

Mereka ialah Ketua Polis Negara (KPN), PDRM, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia.

Iklan
Iklan

Indira Gandhi memfailkan tindakan undang-undang itu kerana mendakwa defendan gagal melaksanakan waran komital untuk menangkap bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah dan memulangkan anak perempuan mereka berusia 12 tahun pada 2010 lalu.

Mahkamah mengeluarkan arahan itu semasa pengurusan kes secara dalam talian (e-review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Idamasliza Maarof.

Iklan

Kesemua defendan pula diwakili Peguam Persekutuan Safiyyah Omar.

Sementara itu, peguam, Rajesh Nagarajan yang mewakili Indira ketika dihubungi berkata, kesemua defendan diarah untuk memfailkan penyataan pembelaan sebelum atau pada 2 Disember ini.

Iklan

"Pihak plaintif iaitu Indira pula diarah untuk memfailkan tuntutan balas sebelum atau pada 16 Disember ini.

"Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 30 Disember akan datang,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga defendan juga telah memasukkan memorandum kehadiran pada 18 November lalu, selepas saman diserahkan kepada mereka awal bulan ini.

Media sebelum ini, melaporkan bahawa PDRM sedang meneliti langkah sewajarnya dalam usaha mempercepatkan proses menyatukan kembali Indira Gandhi dengan anak perempuan bongsunya, Prasana Diksa.

Ketika ini belum ada sebarang petunjuk mengenai lokasi Muhammad Riduan yang hilang bersama tiga anaknya pada 2011.

Pada Januari 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak guru tadika, Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.