Campak cucu tiri: Lelaki warga Nigeria direman tujuh hari

Iklan
Laporan Sinar Harian semalam.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Nigeria direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dicampak oleh datuk tirinya dari tingkat tiga sebuah apartment di Danau Kota, di sini semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, suspek berusia 42 tahun itu direman bermula hari ini hingga 6 Disember.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan keterangan daripada rakan dan keluarga suspek, mereka mendakwa lelaki itu mengalami masalah mental," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Saiful Azly berkata, siasatan awal mendapati, suspek cuba merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu.

Iklan

"Bagaimanapun, perbuatan itu cuba dihalang isterinya, 49, dan anak-anaknya yang lain.

"Berang dengan tindakan itu, suspek dilaporkan mengamuk dan memukul semua mangsa (termasuk isteri, anak-anak tiri serta mangsa) yang berada di dalam rumah berkenaan," katanya.

Iklan

Beliau berkata, isteri dan anak-anak tiri suspek cuba menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah untuk mendapatkan bantuan jiran dan pengawal keselamatan.

"Melihat perbuatan itu, suspek kemudian mengangkat cucu tirinya, membawanya ke tingkap luar bilik utama dan mencampaknya keluar.

"Suspek juga melompat keluar melalui tingkap sama," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya dengar orang menjerit minta tolong'

Berang gagal perkosa anak tiri punca suspek campak cucu

Beliau berkata, suspek yang cedera tidak dapat melarikan diri dan ditangkap oleh pengawal keselamatan dan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

"Mangsa lain yang cedera ringan dan trauma telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan manakala mayat kanak-kanak terbabit dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasat," katanya.

Saiful Azly memaklumkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.