PORT DICKSON - Empat keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Balairaya Kampung Jimah Lama di sini selepas rumah mereka dilanda banjir kilat pagi tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapten (PA) Mohd Azri Abu Hassan berkata, PPS itu dibuka pada jam 1 tengah hari dan menempatkan enam mangsa berumur sembilan hingga 68 tahun.
Iklan
Iklan
Menurutnya, terdapat tujuh buah rumah dalam kejadian itu, namun hanya empat keluarga yang berpindah ke PPS.
"Bagaimanapun tiga keluarga lagi menumpang di rumah saudara yang terdekat.
"Walaupun keadaan banjir makin surut, namun kita akan sentiasa melakukan pemantauan dari masa ke masa bagi memastikan keselamatan penduduk," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.