Warga emas maut motosikal bergesel treler

Iklan
Nik Ros Azhan

PERAI - Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas bergesel dengan sebuah treler dalam kejadian berhampiran susur masuk Jambatan Pulau Pinang di sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.20 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Lim Soon Huat, 66, dari Taman Bagan, Butterworth disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan motosikal ditunggangi mangsa bergesel di bahagian kiri treler berkenaan sebelum dia terjatuh dan tidak sedarkan diri.

"Tempat kemalangan adalah jalan selekoh dan dua lorong sehala dan kemalangan dipercayai berpunca apabila treler berkenaan sedang memandu di lorong kanan, tiba-tiba mangsa datang dan bergesel di bahagian kiri treler sebelum terjatuh.

Iklan

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Nik Ros Azhan berkata, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan