PH bincang usul undi percaya MB Perak Rabu ini

Iklan
MUHAMMAD ARAFAT VARISAI MAHAMAD

IPOH - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Perak dijangka membincangkan mengenai usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak yang dibawa oleh ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Abd Manaf Hashim pada Rabu ini.

ADUN Hulu Kinta, Muhammad Arafat Varisai Mahamad berkata, usul itu dijangka dibawa pada Mesyuarat Pra-Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang memang diadakan sebagai persediaan menjelang pembentangan Bajet Negeri Perak 2021.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sehingga kini PH belum membuat keputusan rasmi mengenai usul tersebut memandangkan tiada lagi perbincangan dibuat bersama antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

"Secara peribadi, apa juga usul yang dibawa, kita akan melihat kepentingannya kepada rakyat dan negeri ini. Kalau kita rasakan usul itu beri manfaat kepada rakyat dan negeri, pastinya kita akan menyokong.

Iklan

"Cuma yang pasti, usul undi percaya kepada Menteri Besar Perak ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, hubungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ibarat bom jangka dan sekarang menunggu masa untuk meletup," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai keputusan Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid yang menerima usul tersebut untuk dibentang dan dibahaskan pada Persidangan DUN selama lima hari bermula 4 Disember ini.

Iklan

Muhammad Arafat yang juga Ketua Penerangan PKR Perak berkata, pihaknya memang tidak tahu menahu tentang cadangan usul tersebut namun perkara itu bukan sesuatu yang mengejutkan.

"Saya sendiri pun tak pasti apa yang akan berlaku nanti, jadi kita tunggu dan lihat sahajalah perkara ini," katanya.