Kes Covid-19 di Jakarta terus membimbangkan

Iklan
Jakarta menjadi provinsi yang mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu dengan 136,861 kes. Foto 123RF

JAKARTA - Gabenor Jakarta dan timbalannya turut dijangkiti Covid-19 ketika provinsi itu terus mencatatkan peningkatan kes positif yang semakin membimbangkan.

Anies Baswedan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ujian calitan yang dilakukannya semalam menunjukkan beliau positif, selepas dua hari timbalannya, Ahmad Riza Patria disahkan dijangkiti virus itu.

Iklan
Iklan

"Setelah berkonsultasi dan sesuai dengan arahan doktor, saya akan menjalani isolasi mandiri dan mengikuti prosedur perubatan yang ditetapkan pasukan perubatan," katanya.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia semalam, Jakarta menjadi provinsi yang mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu dengan 136,861 kes.

Iklan

Sebanyak 1,099 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam, manakala jumlah kematian keseluruhan di provinsi itu kini 2,660 kes.

Semalam, Indonesia mencatatkan 4,617 kes positif baharu menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini berjumlah 538,883 kes. - Bernama

Iklan