Pekerja Pasaraya, Mohamad Nor Faiz Zainudin Zakarya menyusun roti Gardenia ketika tinjauan di ibu kota mengenai harga beberapa produk roti jenama Gardenia akan mengalami kenaikan antara 5 sen hingga 20 sen mulai hari ini berikutan kenaikan harga bahan mentah seperti lemak sayuran, serbuk koko dan susu serta kos pembungkusan.
Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) dalam satu kenyataan berkata sebelum ini pihaknya menyerap kos kenaikan itu, namun kini ia tidak mempunyai alternatif lain kecuali untuk melaksanakan semakan semula harga produk-produk Gardenia terpilih. - Foto Bernama