PIZZA Hut Malaysia (Pizza Hut) melancarkan produk baharu, piza Cheesy Poppers yang boleh dipesan melalui aplikasi Pizza Hut bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk terus menikmati keenakannya bersama keluarga di rumah.
Ketua Pegawai Pemasarannya, Emily Chong berkata, piza Cheesy Poppers dijual mulai 18 November lalu sehingga 31 Disember 2020 di semua cawangan Pizza Hut di seluruh negara.
Menurutnya, piza ini didatangkan dengan 18 kerak piza yang berintikan dua jenis keju dan ditaburi topping lazat seperti pepperoni, bebola ayam dan dilimpahi dengan sos BBQ smokey tomato khas.
"Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sos keju pekat dan berkrim untuk pengalaman Cheesy Poppers yang lebih hebat.
"Piza ini sememangnya dicipta untuk mencetuskan suasana gembira sambil menikmati hidangan lazat ini bersama-sama dengan cara menarik poppers ini dan mencelupnya dengan sos keju untuk kelazatan maksimum dan rasa ‘syok’,” katanya dalam satu kenyataan.
Emily berkata, untuk menambahkan lagi keseronokan menikmati piza Cheesy Poppers ini, Pizza Hut turut melancarkan tarian TikTok dengan hashtag #PHpulldippop yang boleh disertai oleh semua pelanggan Pizza Hut yang gemar berTikTok.
"Pelanggan boleh memesan dengan cara mudah di semua platform dalam talian termasuk perkhidmatan FoodPanda dan Grab,” katanya.
Pizza Hut menawarkan piza Cheesy Poppers baharu dengan harga RM38.30 sahaja untuk hidangan ala carte.
Bagi hidangan yang lebih besar, pelanggan boleh mendapatkan piza Cheesy Poppers ini dalam pelbagai bentuk kombo pada harga serendah RM44.90.