Turun padang serah sumbangan

Iklan
Ronald Sia menyerahkan sumbangan kepada pesakit terlantar yang dikunjungi.

PONTIAN - Kaedah turun padang terus digunakan bagi mendekati golongan kurang bernasib baik dan menghulurkan bantuan sempena Tahun Baharu Cina.

Ketua PKR Cabang Pontian, Ronald Sia berkata, pendekatan tersebut adalah sebahagian usaha peduli rakyat yang terus dilakukan bagi meringankan beban golongan memerlukan.

Iklan
Iklan

"Kami ingin menyampaikan mesej bahawa pergerakan ini sejak menjadi pembangkang sehingga sekarang telah menjadi parti memerintah, aktiviti dan program peduli rakyat sebegini akan terus dilakukan,” katanya.

Katanya lagi, ketiadaan peruntukkan dari kerajaan tidak menghalang beliau bersama rakyat membantu mereka dengan pelbagai program sumbangan yang dirancang.

Iklan

"Ia tidak akan menjadi suatu halangan kepada saya untuk bersama rakyat dan membantu mereka dengan sedaya upaya saya,” katanya.

Jelasnya dalam isu kehidupan rakyat menjadi fokus utama dalam keadaan negara pada masa kini.

Iklan

"Untuk perubahan keadaan ekonomi dalam negara, ia dijangka memerlukan masa yang lebih panjang bagi polisi-polisi ekonomi yang baru dilaksanakan memberi kesannya.

"Oleh yang demikian, agensi-agensi kerajaan tempatan perlu mengambil peranan meneliti isu kehidupan rakyat dan seterusnya membantu mereka,” katanya.