Rizab antarabangsa BNM RM436.5 bilion

Iklan
Rizab negara telah menunjukkan peningkatan sebanyak AS$1.4 bilion berbanding AS$103.6 bilion pada akhir 2019.

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah RM436.5 bilion atau AS$105 bilion setakat 30 September 2020 mencukupi untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri, rizab negara telah menunjukkan peningkatan sebanyak AS$1.4 bilion berbanding AS$103.6 bilion pada akhir 2019.

Iklan
Iklan

"Rizab antarabangsa digunakan bagi maksud tertentu dan bukan untuk membiayai belanjawan atau membiayai pakej rangsangan ekonomi susulan pandemik Covid-19.

"Pakej rangsangan ekonomi telah dibiayai terutamanya melalui pinjaman domestik daripada pasaran kewangan tempatan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) berhubung jumlah rizab negara dan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) setakat bulan September 2020.

Rizab negara yang juga merujuk kepada rizab antarabangsa BNM, terdiri daripada rizab mata wang asing, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Hak-hak Pengeluaran Khas (SDR), emas dan lain-lain aset rizab. - Bernama

Iklan