Tukang rumah ditahan bersama senapang angin, bebola besi
Iklan
Senapang angin yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Paka, Dungun hari ini. Foto: Ihsan Polis
DUNGUN - Seorang tukang rumah ditahan bersama selaras senapang angin dan 17 biji bebola besi dalam satu serbuan di sebuah rumah di Paka di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.