Cavani mohon maaf

Iklan
Edinson Cavani

PENYERANG Manchester United, Edinson Cavani memohon maaf atas imej yang dimuat naik ke dalam media sosial Instagram peribadinya selepas perlawanan menentang Southampton Ahad lalu yang menerima kecaman ramai pihak.

Sambil mengakui tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak, Cavani menegaskan, dia tidak menyokong sebarang unsur rasisme dalam sukan bola sepak.

Iklan
Iklan

"Mesej yang telah saya muat naik selepas perlawanan dimaksudkan sebagai ucapan kepada rakan mengucapkan terima kasih atas ucapan tahniah setelah tamat perlawanan.

"Saya benar-benar menentang perkauman dan menghapus mesej tersebut sebaik sahaja dijelaskan bahawa ia dapat ditafsirkan secara berbeza. Saya ingin meminta maaf dengan tulus atas perkara ini,” kata Cavani.

Iklan

Pada masa sama, United turut menjelaskan bahawa penyerang antarabangsa Uruguay berusia 33 tahun itu tidak mempunyai niat untuk bersifat perkauman melalui mesej yang dimuat naik tersebut.

"Sudah jelas bagi kami bahawa dia sama sekali tidak ada niat jahat di sebalik mesej tersebut dan dia menghapuskannya sebaik sahaja diberitahu bahawa ia boleh disalahertikan.

Iklan

"Edinson telah meminta maaf atas kesalahan yang tidak disengajakan. Manchester United dan semua pemain kami komited sepenuhnya untuk memerangi perkauman,” jelas United dalam satu kenyataan.

Susulan satu komen yang dimuat naik menerusi Instastory peribadinya selepas kemenangan 3-2 ke atas Southampton, Cavani yang dijulang sebagai wira apabila meledak dua gol menulis satu perkataan dalam bahasa Sepanyol iaitu negrito (hitam) yang boleh dianggap sensitif berunsur perkauman.

Akibatnya, Cavani kini disiasat Persatuan Bola Sepak (FA) England dan dia bakal berdepan risiko hukuman digantung tiga perlawanan.