50 anggota keselamatan pindahkan lelaki obes

Iklan
Panabiere dikatakan tidak dapat bergerak sejak mengalami patah kaki. - Foto AFP

PARIS - Kira-kira 50 anggota keselamatan, polis dan doktor dikerah ke selatan Paris hari ini untuk membantu memindahkan seorang lelaki obes yang tidak lagi dapat bergerak.

Alain Panabiere, 53, dipercayai terperangkap selama beberapa bulan di kediamannya di tengah Perpignan selepas mengalami patah kaki.

Iklan
Iklan

Menurut peguamnya, Jean Codognes, keadaannya bertambah buruk hingga memaksanya menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin bagi meminta bantuan kecemasan pada Oktober lalu.

Beberapa hari selepas Codognes mengemukakan surat itu, Panabiere yang mempunyai berat kira-kira 300 kilogram dan Liga Antiobesiti Perancis memfailkan tuntutan undang-undang atas kegagalan pemerintah untuk memberikan bantuan kepada individu yang berada dalam bahaya.

Kren yang digunakan untuk mengangkat Panabiere ketika operasi menyelamat penuh risiko itu. - Foto Agensi

Iklan

"Ia adalah operasi berisiko tinggi," ujarnya ketika pihak berkuasa mengepung kawasan sekitar rumah dua tingkat milik Panabiere ketika operasi menyelamat berskala besar itu dilakukan.

Difahamkan, polis juga meminta jiran-jirannya meninggalkan rumah masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Iklan

Anggota keselamatan dilaporkan terpaksa menebuk dinding luar melalui tingkat atas bagi membolehkan Panabiere yang diberikan cecair melalui saluran darah (IV drip) diangkat melalui kotak besi dengan menggunakan kren.

Ketua Endokrinologi, Diabetes dan Pemakanan, Antoine Avignon berkata, terdapat risiko yang tinggi terhadap individu yang tidak pernah bergerak selama dua hingga tiga tahun.

"Anda seolah-olah menghidupkan semula sistem kardiovaskular yang telah 'berehat' untuk tempoh yang lama," ujarnya.

Panabiere akan dirawat di bandar Montpellier sebelum dipindahkan ke pusat pemulihan beberapa minggu akan datang. - AFP