Pentagon kerah 3,750 anggota tentera ke sempadan AS-Mexico

Iklan
Lagi anggota tentera dikerah ke sempadan AS-Mexico.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan menghantar tambahan 3,750 anggota tentera ke sempadan AS-Mexico, kata Pentagon semalam.

"Jabatan Pertahanan akan mengerahkan hampir 3,750 anggota tentera AS bertujuan memberi sokongan tambahan kepada pasukan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) di sempadan seperti yang diluluskan oleh Pemangku Setiausaha Pertahanan, Pat Shanahan pada 11 Novenber tahun lalu," kata kenyataan Pentagon.

Iklan
Iklan

Anggota tambahan berkenaan dijangka akan bertugas untuk tempoh tiga bulan dan ia menjadikan jumlah keseluruhan anggota tentera AS di sempadan seramai 4,350 orang.

Tugas anggota tentera AS di sempadan merangkumi pengawasan bergerak sehingga akhir September 2019, serta pemasangan pagar keselamatan di beberapa pintu masuk di sempadan AS-Mexico.

Iklan

Langkah terbaharu itu diambil menjelang tarikh akhir 15 Februari yang ditetapkan Presiden Donald Trump bagi Kongres mempersetujui pembiayaan dana bagi tembok sempadan yang merupakan agenda penting dalam kempen pilihan raya beliau pada 2016.

Terdahulu, Trump turut mengerah anggota tentera AS ke sempadan bagi memberi bantuan logistik kepada pasukan pengawal sempadan.

Iklan

Namun, langkah kerahan tentera terbabit dilihat pembangkang AS sebagai gimik politik bagi memperlihatkan adanya krisis, di saat berlaku kebanjiran besar imigran yang melarikan diri daripada keganasan dan kemiskinan di negara sendiri. - AFP