Nasi dah jadi bubur!

Iklan
Anwar berkata, selepas bajet lulus pada peringkat dasar, beliau akan mulakan ‘serangan’ dalam perbahasan pada peringkat jawatankuasa.

AWANG setuju sangat dengan pandangan banyak orang bahawa pembangkang buat langkah yang silap. Strategi pembangkang tak menjadi.

Bukan sahaja Belanjawan 2021 diluluskan pada peringkat dasar pada hari Khamis minggu lepas tapi bajet untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan lulus juga pada peringkat jawatankuasa pada hari Isnin.

Iklan
Iklan

Hari semalam bajet untuk Kementerian Luar lulus dengan mudah. Pendek kata, jangan terperanjat kalau bajet semua kementerian lulus pada peringkat jawatankuasa.

Senyum lebarlah Tan Sri Perdana Menteri. Sebelum ini khabarnya dia tak tidur malam membayangkan bajet yang penting itu akan ditolak memandangkan majoriti yang begitu tipis bagi kerajaannya.

Iklan

Tan Sri Perdana Menteri boleh bernafas lega sekarang! Yang tidak tidur malam, ahli Parlimen pembangkang!

Nampaknya banyak pihak menyalahkan ketua pembangkang yang tak bagi panduan yang betul. Perbuatan beliau membuatkan ahli Parlimen pembangkang kucar-kacir pada hari Khamis.

Iklan

Kata Tuk Seri Ketua Pembangkang, selepas bajet itu lulus pada peringkat dasar, dia akan mulakan ‘serangan’ dalam perbahasan pada peringkat jawatankuasa.

Ada ahli Parlimen pembangkang yang dah patah hati. Ada yang tak hadir di dewan. Ada yang mula persoal kepimpinan Tuk Seri Ketua Pembangkang.