KUALA TERENGGANU - Terengganu FC (TFC) telah melengkapi kuota lima pemain importnya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2021 dan senarai itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abd Karim berkata, beliau berpuas hati dengan kualiti pemain terbabit yang kini dalam proses dokumentasi.