Lima maut termasuk bayi 9 bulan

Iklan
Gambar hiasan 123RF

BERLIN - Lima terbunuh manakala 14 yang lain cedera selepas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu laju terbabas memasuki laluan pejalan kaki di bandar Trier, barat Jerman semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Setakat ini kejadian dipercayai 'tidak mempunyai motif politik', memetik agensi berita Jerman dpa. Polis masih menjalankan siasatan.

Iklan
Iklan

Mangsa yang maut termasuk bayi berusia sembilan bulan manakala ibunya dirawat di hospital.

Polis Trier dalam satu kenyataan berkata, pemandu kenderaan terbabit, seorang warga tempatan berusia 51 tahun dari Trier-Saarburg, telah ditahan.

Iklan

Pemandu itu dikatakan berada di bawah pengaruh alkohol ketika ditahan.

Pendakwa tempatan mengatakan, pemandu itu juga mempunyai masalah mental berdasarkan laporan psikiatri yang diterima. - Bernama

Iklan