Pas terbuka UMNO guna lambang BN pada PRU15

Iklan
Mohd Amar

KOTA BHARU - Pas bersikap terbuka terhadap hasrat UMNO yang akan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti susulan keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai salah satu komponen.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keputusan UMNO untuk menggunakan lambang itu tidak menjadi masalah besar kepada Pas asalkan ia dilaksanakan sebaik mungkin tanpa pertembungan antara BN dan Perikatan Nasional.

Iklan
Iklan

"Dari segi struktur politik, UMNO tidak menyertai Perikatan Nasional. Bagi saya, kenyataan tersebut (guna lambang BN) tiada masalah kerana yang penting adalah sokongan.

ARTIKEL BERKAITAN: PRU15: UMNO sudah sedia

Iklan

"Jika UMNO bersama Perikatan Nasional, ia lebih baik dan kemas hubungan ini namun kenyataan UMNO yang mengatakan tidak akan berlaku pertembungan antara BN dan PN, pun sudah cukup baik.

"Kita tidak mahu bertembung sesama sendiri namun kalau duduk bersama, lagi baik. Walaupun hakikatnya kita mengharapkan lebih, tapi itu hak dia (UMNO). Saya tidak boleh komen,” katanya kepada pemberita selepas hadir Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Iklan

Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, parti itu akan menggunakan lambang BN dalam PRU15 susulan keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai salah satu komponen.

Beliau juga menegaskan bahawa persetujuan telah dicapai supaya tiada pertembungan berlaku memandangkan Pas juga menyertai Perikatan Nasional bersama Bersatu.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi, Mohd Amar berkata, ia masih dalam tempoh perbincangan di peringkat pusat.

"Kerusi di peringkat negeri juga diuruskan oleh Pusat. Saya difahamkan, perbincangan baru di peringkat kerusi Parlimen. Kerusi di peringkat negeri belum dibincangkan lagi," katanya.