JOHOR BAHRU - Dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) di sini dan lima ahli keluarga mereka disahkan positif Covid-19.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, susulan itu seramai 70 individu dikuarantin bermula 29 November lalu.