KUALA LUMPUR - Malaysia dan Singapura akan mengumumkan butiran lanjut mengenai Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dalam satu kenyataan bersama pada waktu sesuai, menurut Pejabat Perdana Menteri.
Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan hari ini berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong saling memaklumkan mengenai hasil perbincangan dan memahami kedudukan Malaysia dan Singapura.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan Sidang Video bersama rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong berkenaan projek Kuala Lumpur - Singapore High Speed Rail (HSR) di Parlimen hari ini. - Foto Bernama