PELABUHAN KLANG - Menjadikan rumah flat sebagai stor menyimpan mercun sebelum dijual sempena musim perayaan.
Kegiatan itu bagaimanapun dibongkar Pasukan Polis Marin (PPM) dalam serbuan Ops Gelora di Flat Taman Sri Nelayan, Telok Gong, di sini, semalam.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairuddin Jamal berkata, operasi kira-kira jam 4 petang berjaya mengesan seorang lelaki sedang mengangkat barang masuk ke rumah flat terbabit dalam keadaan mencurigakan.