Tinjauan di sekitar Bandar Hilir hari ini mendapati jumlah pelancong yang berkunjung ke tempat-tempat popular seperti Bangunan Stadthuys, Bukit St Paul, Kota A Famosa serta sepanjang Jalan Kota, jelas berkurangan berbanding sebelum ini.
Peningkatan kes positif COVID-19 dalam negara yang mencapai empat angka sejak bulan lepas dilihat terus memberi kesan kepada industri pelancongan di Melaka yang kebiasaannya menjadi tumpuan pelancong pada setiap hari.