Zidane tidak akan letak jawatan

Iklan
Zidane

PENGENDALI Real Madrid, Zinedine Zidane menegaskan dia tidak akan meletakkan jawatan di sebalik kekalahan 0-2 skuad Los Blancos itu kepada kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk dalam saingan Liga Juara-Juara di Stadium NSC Olimpiyskiy awal pagi tadi.

Zidane berkata, biarpun dirinya agak tertekan dengan kekalahan demi kekalahan skuad kendaliannya itu, dia masih mahu mengemudi pasukan berkenaan untuk layak ke saingan kalah mati selepas ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, biarpun kelihatan sukar namun dia tetap percaya skuad Los Blancos itu mampu meneruskan kemaraan ke saingan kalah mati berkenaan.

"Saya sama sekali tidak akan meletakkan jawatan. Benar, kita sering menerima keputusan yang buruk tetapi kita perlu teruskan.

Iklan

"Seperti perlawanan hari ini, di mana kita telah lakukan persiapan yang cukup rapi, tetapi tewas 0-2.

"Apa pun, masih ada satu perlawanan lagi dan apa yang perlu kita lakukan adalah untuk memenanginya; itu sahaja,” katanya.

Iklan

Real Madrid kini berada pada kedudukan ketiga Kumpulan B dengan tujuh mata hasil dua kemenangan, seri sekali dan tewas dua kali daripada lima perlawanan.

Sekali gus, kekalahan berkenaan bakal menyaksikan skuad kendalian Zidane itu menempuh laluan berliku untuk mara ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara kali ini kerana bakal berdepan pendahulu Kumpulan B, Borussia Monchengladbach.

Sementara itu Zidane berkata, dia tetap terus optimis Real Madrid akan mara ke puisngan kalah mati Liga Juara-Juara biarpun bakal berdepan pendahulu kumpulan Monchengladbach.

"Sekarang adalah waktu yang sukar, tetapi saya tetap yakin kami akan dapat beraksi dengan baik kerana kami tidak mempunyai pilihan selain menang pada perlawanan ini,” katanya.