Pilihan raya keempat dalam tempoh dua tahun?

Iklan
Gantz (kiri) tidak sependapat dengan Netanyahu sejak dari awal sebelum beliau akhirnya bersetuju untuk membentuk kerajaan gabungan pada April lalu. - Foto: Agensi

TEL AVIV - Kerajaan gabungan Israel di ambang kejatuhan sekali lagi apabila Knesset dijangka meluluskan langkah awal untuk membubarkan Parlimen yang mungkin menyaksikan Tel Aviv bakal mengadakan Pilihan Raya Umum keempat dalam tempoh dua tahun.

Semalam, Perdana Menteri gantian, Benny Gantz berkata, Parti Biru dan Putih pimpinan beliau akan menyokong rang undang-undang untuk membubarkan Knesset.

Iklan
Iklan

Keputusan Gantz itu jelas membuktikan keretakan dalam kerajaan gabungan beliau yang ditubuhkan bersama Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Menurutnya, beliau bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Netanyahu yang terkenal sebagai ‘pelanggar janji bersiri’ pada April lalu kerana mahu mengelakkan pilihan raya keempat terutamanya ketika ancaman Covid-19 semakin meningkat.

Iklan

Di bawah perjanjian kerajaan gabungan itu, Netanyahu akan memegang jawatan perdana menteri untuk waktu separuh pertama daripada tempoh tiga tahun sebelum diambil alih Gantz pada November 2021.

"Netanyahu tidak menipu saya. Tetapi, beliau menipu penduduk Israel,” katanya yang berulang kali mendakwa pemimpin Parti Likud terbabit sering memutar belitkan isu bajet demi memenuhi kepentingan politiknya sendiri.

Iklan

Jelasnya, Netanyahu gagal menunaikan janjinya untuk meluluskan bajet pada Ogos lalu.

"Apakah ada lagi individu yang masih mempercayainya?” ujarnya yang menjelaskan pilihan raya baharu dapat dielakkan jika beliau meluluskan belanjawan tersebut.

Netanyahu yang mula bimbang dengan kedudukannya bagaimanapun menggesa Gantz supaya terus kekal dalam kerajaan gabungan bersamanya.

"Sekarang bukan masanya mahu mengadakan pilihan raya sebaliknya ia adalah saat untuk kita terus bersatu,” rayu Netanyahu menerusi rakaman video. - AFP