WASHINGTON - Saintis Amerika Syarikat (AS) di University of Pennsylvania dan firma bioteknologi, Regeneron kini sedang melakukan kajian sama ada teknologi yang dibangunkan untuk terapi gen boleh digunakan untuk menghasilkan semburan hidung yang dapat mencegah jangkitan Covid-19.
Idea penyelidikan itu adalah menggunakan virus yang lemah untuk membawa petunjuk genetik kepada sel dalam tekak dan hidung yang seterusnya akan menghasilkan antibodi kuat bagi menghentikan SARS-CoV-2 daripada menyerang sistem tubuh manusia.