Peneroka maut dihempap jengkaut

Iklan
Seorang peneroka maut selepas jengkaut yang dikendalikannya terbalik semasa melalui jalan berbukit di sebuah ladang Felda Keratong 7, Muadzam Shah semalam. - Gambar hiasan.

KUANTAN - Seorang peneroka maut selepas jengkaut yang dikendalikannya terbalik semasa melalui jalan berbukit di sebuah ladang Felda Keratong 7, Muadzam Shah kira-kira 120 kilometer dari sini semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Asistan Superintenden Azari Miskon berkata, kejadian yang berlaku pada jam 5.30 petang itu menyebabkan mangsa, Abd Hadi Ramlan, 65, maut di tempat kejadian akibat dihempap jentera tersebut.

Iklan
Iklan

"Mangsa yang merupakan pemilik jentera itu difahamkan ke ladang bagi membantu mengeluarkan sebuah lori yang tersekat di ladang kelapa sawit tersebut.

"Bagaimanapun, jentera itu dikatakan hilang kawalan semasa melalui jalan yang tidak rata lalu terbalik ke sebelah kiri dan menghempap mangsa," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Azari berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama