Kanak-kanak tular, bekerja bayar ansuran motosikal bapa

Iklan
Gilang bekerja untuk lunaskan ansuran motosikal bapanya mendapat perhatian ramai. - Foto Detik News

JAKARTA - Kanak-kanak berusia 11 tahun ini tidak pernah kenal erti penat mencari rezeki membantu keluarga selepas bapanya yang bekerja dengan syarikat perkhidmatan teksi motosikal (Gojek) meninggal dunia, lapor Detik News.

Gilang Sabil Ramahdan, keluar bekerja untuk menyara keluarga selain membayar duit ansuran sewa motosikal milik bapanya.

Iklan
Iklan

Kanak-kanak ini menggunakan akaun Facebook bapanya, @Rachyantobojez, berkongsi kisah hidupnya dengan kenalan bapanya yang juga bekerja sebagai Gojek.

Dalam perkongsiannya, Gilang memuat naik gambar penyerahan wang untuk membayar ansuran motosikal selain memaklumkan dia bekerja sebagai penjaga parkir dan berniaga secara kecil-kecilan untuk menyara keluarga.

Iklan

Posting yang tular itu menarik perhatian netizen dan menyifatkan Gilang seorang anak yang baik kerana sanggup menjalani hidup susah untuk melunaskan hutang ansuran motosikal Allahyarham bapanya.

"Moga jadi anak yang soleh. Ibu bapa pasti berasa bangga memiliki anak seperti Gilang," tulis Aksoel Eksoel.

Iklan
Gilang bersama adik-adiknya turut menjual kuih muih di tepi jalan untuk menyara keluarga setelah bapa mereka meninggal dunia. - Foto Detik News

Hujarah Aimi yang bersimpati berharap orang ramai dapat menghulurkan sumbangan.

"Mari kita sama-sama bantu kanak-kanak ini supaya dapat jalani kehidupan lebih baik.

"Kisah Gilang ini telah menjadi sumber inspirasi buat kami agar terus berusaha mencari rezeki meskipun serba kekurangan ketika pandemik Covid-19 melanda negara ini," katanya.

Sementara itu, Gilang ketika ditemui media memberitahu, dia terkejut kerana ramai netizen dan rakan-rakan sekerja bapanya memberi sokongan dan tidak kurang juga menghulurkan bantuan.

"Saya terkejut reaksi ahli-ahli Gojek yang sentiasa peka dengan kesusahan kenalan mereka.

"Benar, kami bekerja untuk membayar duit ansuran motor ayah. Saya bersama tiga adik yang lain menjual kuih muih di tepi jalan. Syukur ramai yang membeli," katanya.