KUALA LUMPUR - Penginapan yang disediakan kepada 1.4 juta atau 91.1 peratus pekerja asing di negara ini, tidak mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 atau Akta 446.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, statistik ini amat membimbangkan, lebih-lebih lagi ketika negara sedang berdepan ancaman pandemik Covid-19.