KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen dimaklumkan pembangunan super drone atau kereta terbang bukan keutamaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) buat masa ini.
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, sebaliknya kementerian itu memberi tumpuan terhadap pembangunan keusahawanan khasnya perniagaan kecil dan sederhana serta mikro.