Pematuhan majikan terhadap Akta 446 masih rendah

Iklan
Mohd Asri melihat seorang warga asing memasak di dapur disediakan.

SEREMBAN - Pematuhan majikan di negara ini terhadap Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990(Akta 446) masih berada pada tahap rendah.

Pengarah Bahagian Standard Perburuhan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JKTSM), Mohd Asri Abd Wahab berkata, daripada 54,000 majikan di seluruh negara, hanya 3,000 yang membuat Perakuan Penginapan di bawah Seksyen 24D Akta 446.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia menjadi kesalahan utama dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM50,000 bagi seorang pekerja.

"Kebanyakan penginapan pekerja yang diperiksa mendapati tahap pematuhan majikan menyediakan tempat tinggal yang kondusif masih tidak memenuhi standard.

Iklan

"Sebagai contoh ada bilik dilengkapi peti sejuk, kesesakan dalam satu bilik, tidur di ruang tamu. Itu belum termasuk sistem pendawaian mereka yang berbahaya," katanya dalam sidang akhbar selepas Operasi Pematuhan Akta 446 (Penginapan Pekerja) di tiga lokasi di Senawang.

Mohd Asri menunjukkan peti ais yang diletakkan di dalam bilik

Mengulas lanjut beliau berkata, majikan tidak sepatutnya memberi alasan tidak tahu peraturan ditetapkan kerana mereka boleh mendapatkan maklumat menerusi pelbagai medium.

Iklan

Tambah beliau, dalam tempoh November ini sebanyak 21 kertas siasatan dibuka dan 63 pertuduhan telah diambil terhadap majikan.

"Bagaimanapun perkara paling penting ialah kesedaran majikan bagaimana mahu memperbaiki perkara ini. Kita memandang serius perkara ini dan JTK akan melaksanakan operasi secara agresif sehingga hujung tahun ini bagi memastikan majikan mematuhi Peraturan dan Undang-Undang ditetapkan," katanya.

Mohd Asri menunjukkan keadaan bilik penginapan pekerja yang disediakan majikan di Senawang.