PH campur tangan dalam kehakiman, perundangan?

Iklan
Mohd Khairul Azam

PUTRAJAYA - Calon bebas Ahli Parlimen Pandan PRU 14, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa PH telah melakukan campur tangan dalam bidang kehakiman dan eksekutif perundangan sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan lapan bulan lalu.

Menurutnya, perkara tersebut merupakan salah satu tindakan salah yang dibuat oleh PH.

Iklan
Iklan

"Terlalu banyak benda yang tidak betul dilakukan PH dalam pentadbiran," katanya.

Meskipun enggan mengulas lanjut mengenai tindakan salah PH, Mohd Khairul menyenaraikan secara umum antaranya dari segi politik, ekonomi dan sosial serta janji menifesto yang tidak ditepati.

Iklan

"Semuanya caca marba dan kacau bilau," katanya.

Ketika ditanya mengenai tindakan yang akan dikenakan terhadapnya, Mohd Khairul yang juga seorang peguam tidak gentar.

Iklan

"Silakan," katanya.

Sabtu lalu, Mohd Khairul Azam melalui ciapan di Twitter mengumumkan deklarasi perang terhadap PH dan sekutunya bermula sekarang dengan menggesa kerajaan menyerah kalah atau bersedia menanggung akibatnya.

"Aku juga bersedia menanggung akibat daripada pengisytiharan ini," katanya.