Bomba usung ibu berpantang redah banjir

Iklan
Siti Nur Hazrin Najwa diusung bomba dengan pengusung mengharungi banjir di kediamannya di Kampung Padang Kemunting, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS- Seorang ibu muda yang sedang berpantang diselamatkan anggota bomba menggunakan pengusung apabila kediaman keluarganya di Kampung Padang Kemunting, di sini dinaiki air.

Siti Nur Hazrin Najwa Halim, 20, yang melahirkan bayi sulungnya 10 hari lalu, diusung hampir 200 meter dari rumahnya ke jalan besar manakala anak lelakinya didukung anggota bomba mengharungi banjir.

Iklan
Iklan

Siti Nur Hazrin Najwa berkata, dia hanya menyedari air semakin naik setelah dikejutkan bapa mertuanya, Khamis Mat Amin, 58, kira-kira jam tiga pagi.

"Bila bangun, air di pekarangan rumah dah cecah hampir satu meter. Bapa mertua saya kemudiannya menghubungi bomba dan kami mula berpindah kira-kira jam 10 pagi.

Iklan

"Keadaan semasa tu agak cemas sehingga tidak boleh tidur, selain saya risau macam mana nak bergerak sebab pergerakan saya terbatas kerana lahirkan anak secara pembedahan.

"Kawasan rumah saya memang sering kali dinaiki air setiap kali musim tengkujuh namun kali ini air naik terlalu cepat," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Iklan
Anggota bomba mendukung bayi lelaki Siti Nur Hazrin Najwa yang berusia 10 hari di Kampung Padang Kemunting, Kuala Nerus hari ini..

Sementara itu, bapa mertuanya, Khamis berkata, kediaman mereka mula dinaiki air kira-kira jam tiga pagi.

Dia dan ahli keluarga kemudian mengambil keputusan untuk memindahkan kenderaan mereka ke lokasi yang lebih selamat.

"Sejak petang lagi, kami 12 beranak mula memindahkan barangan ke tempat yang tinggi sebab bimbang air semakin naik.

"Saya juga ambil keputusan untuk menghubungi bomba untuk berpindah memandangkan menantu saya baru melahirkan anak sulung," katanya.