Laurent Bleu tawar ujian Covid-19 serendah RM60

Iklan
Subsidiari Kumpulan UCSI, Laurent Bleu Medical Clinic mengambil inisiatif menawarkan Kit Ujian Pantas Antigen (RTK-Ag) dengan harga RM60 seorang bermula 1 Disember. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Subsidiari Kumpulan UCSI, Laurent Bleu Medical Clinic mengambil inisiatif menawarkan Kit Ujian Pantas Antigen (RTK-Ag) dengan harga RM60 seorang bermula 1 Disember.

Ketua Pegawai Eksekutif Laurent Bleu, Natasha Ng berkata, usaha ini merupakan salah satu cara pihaknya melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyediakan ujian dengan harga yang berpatutan untuk semua orang.

Iklan
Iklan

"Inisiatif ini sejajar dengan langkah kerajaan yang menjalankan saringan kepada pekerja asing di kawasan zon merah.

"Kami mahu saringan ini boleh dijalani oleh semua orang sekaligus meratakan lengkung kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Menurutnya, mana-mana individu yang mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) layak membuat tuntutan 100 peratus.

Natasha

"Kami sedar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil semua langkah dalam mengawal penularan Covid-19 dan kini pihak berkuasa fokus kepada kontak rapat bagi kes yang positif atau kluster-kluster.

Iklan

"Bagi majikan yang mahu memenuhi arahan kerajaan yang mewajibkan semua pekerja asing menjalani saringan bermula 1 Disember ini atau mana-mana individu yang mahu menjalani saringan Covid-19 tidak dapat berbuat demikian di klinik atau hospital kerajaan kerana mereka tidak memenuhi kriteria.

"Jadi mereka boleh temui kami dan jalani saringan dengan RM60 sahaja kemudian yang layak boleh tuntut semula daripada Perkeso,” katanya.

Katanya, ujian itu hanya mengambil masa sekitar 30 minit bagi setiap seorang bermula daripada proses pendaftaran sehingga mendapat keputusan dan waktu operasi bermula 9 pagi hingga 9 malam.

Mana-mana pihak yang berminat boleh membuat temujanji melalui aplikasi WhatsApp 010-528 6368 atau emel kepada laurentbleuofficial@gmail.com atau berkunjung ke CMC Central yang terletak di Taman Connaught, Cheras, namun keutamaan akan diberikan kepada mereka yang membuat temu janji terlebih dahulu.

Laurent Bleu juga menjalankan ujian makmal untuk Covid-19 selain menawarkan Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang dijalankan di Makmal Biologi Sel dan Molekular, Universiti UCSI.