Gas asli main peranan penting dalam peralihan tenaga: PM

Iklan
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR - Gas asli akan terus membantu merapatkan peralihan tenaga yang tidak dapat dielakkan dan menangani isu perubahan iklim yang dihadapi dunia.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, campuran tenaga Malaysia telah disokong oleh gas asli selama beberapa dekad dan untuk jangka masa yang panjang, tetapi negara masih banyak yang perlu dilakukan dalam perjalanannya ke arah masa depan yang mampan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, beliau menyatakan keyakinan dari segi pemikiran yang kolektif dan keupayaan merealisasikan peralihan tenaga, memastikan keperluan hari ini dipenuhi dan pada masa sama menangani cabaran yang akan datang.

"Kami berharap gas asli dapat memainkan peranan penting dalam peralihan tenaga ini, menawarkan sumber tenaga asas yang selamat, mampu milik dan mampan bersama dengan sumber tenaga boleh diperbaharui yang berkembang, tetapi sering tidak sekata.

Iklan
Iklan

"Sinergi ini memberi peluang pelaburan yang besar, bukan hanya di peringkat huluan tetapi seluruh rantaian nilai,” katanya pada Forum Tenaga Antarabangsa (IEF) Ke-7 – International Gas Union (IGU) Ministerial Gas Forum Virtual Roundtable yang diadakan secara maya hari ini.

AKAN MENYUSUL