JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan mengurniakan peralatan mesin perubatan kepada Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.
Menerusi satu kenyataan dimuat naik dalam Facebook rasmi baginda, dua mesin inkubator disumbangkan untuk HSA dan sebuah mesin dialisis untuk kegunaan HSI.