Ops Selamat: Polis keluar 2667 saman

Iklan
Ahmad Ridha memberi risalah keselamatan jalan raya dan beramah mesra bersama pengguna jalan raya sempena Pelancaran Ops Selamat Peringkat Daerah Kuantan di Plaza Tol Gambang di sini, hari ini.
KUANTAN - Sebanyak 2667 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya melibatkan kedua-dua kesalahan tersebut sejak Ops Selamat 14 dilancarkan pada 29 Januari baru-baru ini.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuantan, Asisten Superintendan Ahmad Ridha Hariri berkata, kesalahan menggunakan telefon bimbit serta memandu melebihi had laju mencatatkan jumlah saman tertinggi di daerah ini sejak enam hari lalu.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan tidak menggunakan telefon bimbit serta memandu mengikut had laju ditetapkan pada musim perayaan Tahun Baru Cina.

Iklan
Iklan

"Walaupun kita merekodkan jumlah saman agak tinggi, namun jumlahnya menurun sebanyak 611 saman pada tempoh enam hari Ops Selamat sempena Tahun Baru Cina berbanding tahun lalu yang merekodkan 2,056 saman dikeluarkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Pelancaran Ops Selamat 14 Peringkat Daerah Kuantan di Tol Gambang di sini, hari ini.

Iklan

Dalam program tersebut, pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini turut mengedarkan risalah keselamatan jalan raya kepada pemandu di tol tersebut.

Ahmad Ridha berkata, seramai 13 anggota polis terlibat dalam operasi ini yang juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak polis dan masyarakat.

Iklan

Dalam pada itu, pihaknya turut merekodkan 118 kemalangan jalan raya di daerah ini sejak 30 Januari lalu yang mencatatkan penurunan berbading 157 kemalangan pada tahun lepas bagi tempoh enam hari pelaksanaan Ops Selamat sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Menurutnya, tiada kemalangan maut direkodkan pada sepanjang tempoh sama tahun ini berbanding empat kes yang dicatatkan sepanjang enam hari sebelum Tahun Baru Cina pada tahun lepas.

"Pemandu dinasihatkan agar berhati-hati ketika memandu di kawasan 'hotspot' kemalangan di daerah ini terutama di Kilometer 36 hingga Kilometer 48 Jalan Kuantan di Jalan Maran Maju Ternak

"Selain itu, Kilometer 14 hingga Kilometer 20 Jalan Kuantan yang berdekatan perumahan Damansara serta Kilometer 35 hingga Kilometer 35 Jalan Kuantan-Kemaman di Kampung Sungai Ular dan Kilometer 23 Jalan Kuantan- Gambang berhampiran Puspens," tambahnya.