Curi bonsai untuk beli dadah
Iklan
Tiga suspek ditahan bersama pokok bonsai yang dicuri di Paya Keladi, Kepala Batas semalam.
BUTTERWORTH- Tiga lelaki ditahan selepas didapati mencuri sepohon pokok bonsai jenis adenium milik seorang lelaki di Taman Merbau Jaya, Sungai Dua, di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ketiga-tiga suspek berusia 18, 22 dan 36 tahun itu ditahan di Paya Keladi, Kepala Batas pada jam 3.30 petang semalam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, polis turut merampas pokok bonsai bersama pasu yang dipercayai milik lelaki berusia 45 tahun tersebut.
Tambahnya, penahanan itu dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang menyedari pokok bonsai bernilai RM800 yang diletakkan di luar pagar rumahnya telah hilang pada 29 November lalu.
Iklan
"Mangsa merupakan penggemar pokok bonsai dan telah membeli pokok yang ditanda 1-5 itu melalui Facebook pada awal Mei lalu. Bagaimanapun, dia menyedari pokok itu telah hilang.
"Mangsa cuba mencari pokok tersebut di kedai menjual pokok bunga di sekitar namun gagal. Selain itu, rumah mangsa dan sekitar kawasan tersebut tidak mempunyai kamera litar tertutup," katanya ketika dihubungi hari ini.
Iklan
Tambahnya, mangsa kemudiannya melayari iklan menjual pokok bunga di Facebook dan ternampak gambar pokok bonsai sama seperti pokok miliknya yang hilang itu.
"Susulan itu, polis menahan tiga lelaki bersama pokok bonsai bertanda 1-5 dipercayai milik mangsa. Kesemua suspek mengaku mencuri pokok bonsai tersebut untuk dijual bagi membeli bekalan dadah.
"Ujian saringan air kencing mereka juga positif methamphetamine. Hasil siasatan, polis menahan empat lagi lelaki di Tasek Gelugor dan merampas dadah jenis syabu dan botol kaca yang diubahsuai menjadi alat menghisap dadah," katanya.
Kesemua suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam