KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan hari ini menggesa Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor supaya menjelaskan pendiriannya berhubung kuil dan tempat ibadat, susulan perobohan sebuah kuil di negeri itu baru-baru ini.
Timbalan Presiden MIC itu menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan sendirian Muhammad Sanusi merobohkannya, walaupun menteri besar itu sudah berjanji dalam mesyuarat Julai lepas akan memaklumkan kepada beliau dan juga Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique sekiranya ada kuil yang akan dirobohkan.