Pasar di Ipoh pertama dalam negara guna teknologi robot

Iklan
Penggunaan teknologi robotik di Pasar Ayam Ipoh sedang diuji melibatkan robot mencuci lantai, robot mengangkut barang, kenderaan mengangkut barang dan robot mengambil sampah bagi menyelesaikan isu kebersihan dan pengangkutan barang di kawasan pasar. - Foto MBI

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil inisiatif menggunakan teknologi robotik dalam menyelesaikan isu kebersihan dan pengangkutan barang dalam kawasan pasar.

Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin berkata, sehubungan itu, Pasar Ayam Ipoh menjadi pasar pertama di negara ini yang menggunakan teknologi robotik berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, inisiatif tersebut merupakan hasil kerjasama MBI, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).

"Terdapat empat jenis robot yang kini sedang diuji cuba di Pasar Ayam Ipoh iaitu robot mencuci lantai, robot mengangkut barang, kenderaan mengangkut barang dan robot mengambil sampah.

Iklan

"Kesemua alat robotik ini dijangka siap diuji cuba dalam jangka masa terdekat dan beroperasi sepenuhnya pada 15 Disember 2020," katanya menerusi kenyataan akhbar.

Beliau berkata, MTDC yang merupakan merupakan sebuah agensi pembangunan dan pengkomersilan teknologi di bawah MOSTI memainkan peranan sebagai rakan pembiayaan utama bagi program Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional.

Iklan

Menurutnya, program tersebut akan menyediakan pembiayaan serta membantu menjayakan pembangunan teknologi automasi bagi projek berkenaan.

Rumaizi turut berharap penggunaan teknologi robotik tersebut akan membuka lembaran baharu khususnya dalam pengurusan pasar lebih sistematik dan terkini.