Tentera upahan asing diseru undur segera dari Nagorno-Karabakh

Iklan
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov; Timbalan Setiausaha Amerika Syarikat, Stephen Biegun dan Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian semalam menyeru tentera upahan asing segera meninggalkan Nagorno-Karabakh. - Foto 123RF

MOSCOW - Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov; Timbalan Setiausaha Amerika Syarikat, Stephen Biegun dan Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian semalam menyeru tentera upahan asing segera meninggalkan Nagorno-Karabakh, menurut Kementerian Luar Rusia.

Dalam satu kenyataan bersama yang disiarkan kementerian itu, Lavrov, Biegun dan Le Drian, mewakili negara-negara Pengerusi Bersama Kumpulan Minsk OSCE, menyeru pengunduran penuh dan segera dari rantau berkenaan kepada semua tentera upahan asing dan meminta semua pihak untuk memudahkan pengunduran tersebut, lapor agensi berita Xinhua.

Iklan
Iklan

"Negara-negara Pengerusi Bersama mengingatkan Armenia dan Azerbaijan tentang kewajiban mereka untuk mematuhi peraturan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, khususnya berkaitan pertukaran tawanan perang dan pemulangan mayat," kata kenyataan itu.

Mereka juga mengulangi komitmen tidak menggunakan ancaman ketenteraan untuk menyelesaikan pertikaian, menurut kenyataan itu.

Iklan

Perjanjian gencatan senjata ditandatangani oleh Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, Perdana Menteri, Armenia Nikol Pashinyan dan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 November, dengan ketiga-tiga pihak bersetuju untuk gencatan senjata penuh di zon konflik Nagorno-Karabakh mulai 10 November.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, gencatan senjata itu sedang dipantau semua pihak. - Bernama

Iklan