Wanita cari bapa kandung jadi wali nikah

Iklan
Gambar kenangan Nor Asilah didukung bapanya. (Gambar kecil: Siti Nor Asilah)

SHAH ALAM - Seorang wanita yang bakal melangsungkan perkahwinan pada Januari tahun hadapan berharap orang ramai dapat membantu mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahannya.

Siti Nor Asilah Adnan, 33, berkata, dia sekeluarga kini buntu untuk mencari bapa kandungnya, Adnan Ibrahim, 59, kerana tidak mengetahui lokasi terkini bapanya itu berada selepas bercerai dengan ibunya.

Iklan
Iklan

Nor Asilah berkata, kali terakhir dia bertemu bapanya ketika berusia 2 tahun iaitu kira-kira 31 tahun yang lalu.

"Bagaimanapun kami sekeluarga pernah juga menjejakinya kira sembilan tahun lalu namun tidak berjaya dan saya berharap agar pencarian kali ini akan berjaya," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Sehubungan itu, Nor Asilah berharap orang ramai dapat membantu mencari bapanya agar majlis perkahwinan dengan pasangannya itu nanti berjalan lancar.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Adnan boleh menghubungi Nor Asilah di talian 019-2294025.

Iklan