QUITO - Ecuador akan mengupah lebih 12,000 doktor dan pekerja penjagaan kesihatan untuk memperkuatkan lagi sistem kesihatan awamnya sebagai tindak balas terhadap pandemik Covid-19, umum Presiden Lenin Moreno pada Khamis.
Pengmuman itu dibuat Moreno menerusi akaun Twitter selepas mengadakan perbincangan dengan profesional kesihatan, perwakilan Majlis Negara dan Menteri Kesihatan Juan Carlos Zevallos, lapor agensi berita Xinhua.