Covid-19: Masih kekal empat angka, 1,141 kes baharu

Iklan
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 yang direkodkan hari ini kekal empat digit iaitu 1,141 kes menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 70,236 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ia menjadikan bilangan kes aktif kebolehjangkitan mencatat 10,799 kes, manakala jumlah kes pulih hari ini adalah 1,144 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 59,061 kes.

Iklan
Iklan

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 1,141 kes baharu hari ini sebanyak 1,138 adalah kes penularan dalam negara manakala bakinya adalah kes import.

"Negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 578 kes (50.7 peratus). Negeri Selangor dan Sabah masing-masing melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 320 kes (28.0 peratus), diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 256 kes (22.4 peratus),” katanya pada sidang akhbar perkembangan Covid-19 hari ini.

Iklan

Tiada pertambahan kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kekal 376 kes (0.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Johor mencatat 69 kes diikuti Pulau Pinang (48 kes), Perak (47 kes), Kedah (24 kes), Kelantan (20 kes), Negeri Sembilan (15 kes), Pahang (15 kes), Labuan (tiga kes), Putrajaya (dua kes), Sarawak dan Perlis masing-masing satu kes.

Iklan

Dr Noor Hisham berkata, 32 kes (2.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (18 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (enam kes), Kluster Bakti (empat kes), Kluster PTS Sibuga (tiga kes) dan Kluster Penjara Reman (satu kes).

Sementara itu, terdapat 129 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.- Bernama