Kerajaan PN di Perak perlu kekal

Iklan
Ahmad Maslan
SHAH ALAM - UMNO berpendirian bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu dikekalkan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan melalui kenyataan hari ini berkata, undi percaya di Dewan Undangan Negeri Perak hari ini hanya melibatkan jawatan Menteri Besar Perak sahaja tanpa mengubah status kerajaan negeri.

"Semua barisan Exco Kerajaan Negeri juga perlu diteruskan.

"UMNO juga berpendirian bahawa Bersatu dan Pas juga harus menyokong kerajaan PN Negeri Perak,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan majoriti selepas usul undi percaya yang dibuat ke atasnya tidak mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.

Usul undi percaya yang dibawa oleh Datuk Abd Manaf Hashim (BN-Pengkalan Baharu) itu mendapat 10 undi sokongan, 48 undi menolak manakala satu undi rosak menerusi undi belah bahagi.

Perkara itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid yang menerima usul berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Perak hilang sokongan majoriti

[EKSKLUSIF] ADUN UMNO antara 10 wakil rakyat sokong Peja?


Ahmad Faizal akan menghadap Sultan Perak