Empat solusi atasi kesesakan penjara

Iklan
Empat solusi yang dicadangkan Jawatankuasa Khas Dewan Negara untuk dipertimbang bagi mengatasi masalah kesesakan penjara serta peningkatan kes covid-19 dalam kalangan banduan. Gambar kecil: Rais Yatim

SHAH ALAM - Jawatankuasa Khas Dewan Negara mencadangkan empat solusi yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah kesesakan penjara termasuk kes peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan banduan.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, reformasi penjara boleh dilakukan melibatkan aspek yang menjamin kesihatan, kebersihan, keberkesanan notasi kanun keseksaan, mengelakkan suasana penjara terbiar dan sebagainya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pindaan undang-undang sedia ada (Akta Penjara 1995) dan kaedahnya turut dilihat sebagai mendesak.

Beliau berkata, sistem banduan untuk menjalani hukuman alternatif dalam masyarakat juga perlu dikaji dan pendekatan baharu perlu dilaksanakan supaya penguatkuasaan tidak diremehkan.

Iklan

"Kami juga melihat bahawa mekanisme pembebasan banduan secara kebenaran khas atau yang berlesen perlu diperluas dengan syarat keselamatan awam terjamin.

"Untuk solusi terakhir, pendekatan anti Covid-19 yang khusus juga wajib dilakukan secara serta-merta bagi mengelakkan penyebaran lebih banyak Kluster Tembok," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Sel sesak antara penyumbang Kluster Tembok di Kedah

Katanya, cadangan solusi berkenaan dirumuskan pihaknya sebagai tanda keprihatinan Dewan tertinggi legislatif terhadap sesuatu fenomena atau isu besar yang melanda negara dan rakyat.

"Dewan Negara selaku badan legislatif berperanan sama untuk mencari penyelesaian terbaik kerana isu kesesakan penjara kini amat merisaukan dan menjadi salah satu punca kepada penyebaran Covid-19.

"Jika penyelesaian segera yang tuntas tidak dilaksanakan, tidak mustahil Kluster Tembok akan berulang," katanya.

Difahamkan, 25 daripada 38 penjara di seluruh negara kini dilaporkan sesak dan prasarana penjara sedia ada tidak mampu menampung bilangan banduan yang semakin meningkat.

Jumlah banduan di seluruh negara adalah seramai 68,730 orang, sedangkan jumlah sepatutnya tidak melebihi 52,000 orang dan ini bermakna terdapat lebihan 16,000 banduan dalam jagaan 38 penjara di negara ini.

Daripada keseluruhan banduan itu, seramai 32,000 orang adalah banduan parol, banduan terlibat kesalahan ringan iaitu yang menjalani penjara kurang dari setahun (11, 018), banduan menjalani sistem kehadiran wajib (5,000) dan yang sedang menjalani proses reman (24,578).