Buruh lemas ketika cuba redah banjir

Iklan
Jenazah mangsa diangkat untuk dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk pemeriksaan lanjut. - - Foto ihsan APM Pasir Puteh

PASIR PUTEH - Seorang buruh ditemui lemas di dalam parit bersama motosikal yang ditungganginya di hadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Tasek, di sini hari ini.

Mangsa, Mohd Fahmie Abdullah @ Mahmud, 33, dipercayai cuba meredah banjir sedalam 0.4 meter yang menenggelamkan kawasan berkenaan ekoran hujan lebat semalam.

Iklan
Iklan

Mayat mangsa ditemui pada jam 1.12 tengah hari tadi oleh penduduk kampung yang melalui kawasan tersebut.

Lokasi mangsa ditemui lemas oleh penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Azmir Damiri berkata, mangsa berada dalam keadaan tertiarap dalam air parit tersebut.

Iklan

Menurutnya, polis turut menemui sebuah motosikal jenis Honda Wave dipercayai milik mangsa.

"Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Siasatan awal mangsa dipercayai lemas ketika melintasi kawasan banjir untuk pulang ke rumah malam tadi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Azmir berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Anis dan disahkan sudah meninggal dunia.

Katanya, siasatan sebenar berhubung kejadian itu masih lagi dijalankan.