Daging tidak halal

Iklan
Taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia terbongkar, Selasa lalu.

BERCAKAP pasal halal haram, Awang terkejut dengan pendedahan akhbar ini bahawa ada sebuah gudang di Senai, Johor yang tukar daging haram untuk diedar sebagai daging halal.

Nampaknya ini bisnes besar bagi tuan punya gudang berkenaan. Entah berapa lama mereka dah buat kerja ini.

Iklan
Iklan

Lebih memeranjatkan bahawa gudang yang sama memproses dan mengedar daging babi untuk edaran.

Awang tak tahulah siapa di belakang gudang daging sejuk beku ini. Mungkin ada kartel yang bertanggungjawab.

Iklan

Awang cuma nak tahu bagaimanakah hal ini boleh berlaku? Mengapakah selama ini tiada pemantauan dibuat? Kalau ada kenapa baru sekarang terbongkar hal ini?

Memang Awang sedar umat Islam ambil berat isu daging halal ini. Tapi sebagai pengguna mereka tak tahu rantaian proses dan edaran yang sebenar.

Iklan

Jikalau dah dilabel halal, mereka terimalah sebagai halal.

Memang kita dah dengar label halal disalahgunakan sebelum ini. Tapi bukan dalam skala sebesar ini. Oleh sebab itu perlu diselaraskan penggunaan label ini.

Tambahan pula label sahaja belum tentu menjamin halal haramnya jikalau ada orang yang ambil kesempatan salahguna label itu.

Awang harap pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab hal agama akan pantau isu itu.

Apakah gudang itu satu-satunya yang terbabit, atau ada banyak lagi gudang lain yang kita tidak tahu?