IPOH - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Perak bertindak kunci mulut sebaik selesai pertemuan dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini pagi tadi.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Asmuni Awi hanya melambai ke arah pemberita yang menunggu di pekarangan luar istana sebelum beredar menggunakan kenderaan masing-masing.