KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur dan Selangor dilanjutkan sehingga 20 Disember kecuali Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
PKPB di Putrajaya bagaimanapun tamat hari ini namun kembali ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).